Wednesday, December 16, 2009

~tick tock..tick tock..~

Note: Entry kali ni nk tulis dalam Bahasa Malaysia sebab ada orang komen asyik tulis dalam Bahasa Inggeris jek though I think it's not a biggie as long as your message is clearly conveyed.

Pagi ni seperti pagi-pagi yang sebelumnya. Hujan turun renyai-renyai. Cuaca sangat sejuk. Bangun je, dapat satu lagi sms. Sorang kawan dah kembali ke rahmatullah. Pembedahannya gagal. Manusia hanya mampu berusaha, tapi keputusan akhirnya tetap milik Al-Khaliq. Tersentak kejap. Aku merenung ke luar jendela. Rasa nak menangis, tapi kena tahan jugak sebab dah berjanji. Teringat aku tentang perbualan kami yang terakhir.

Aku : Kau dah fikir masak-masak ke? Aku takut. Aku tak mau kau pergi

Dia : Kau takut aku mati ke?

(Aku diam. Perlahan aku mengangguk)

Dia : Rilek la weh. Mati itu pasti. Semua orang akan mati. Lagipun mati time muda ok pe. Kurang dosa. (Dia tergelak kuat. Aku hanya mampu untuk senyum..pahit)

Aku : Kau ni~ Kelakar sangat la tu eh?Aku risau giler, kau memain lak eh

Dia : Betula la tu. Tu surat ape?

Aku : Alumni faculty of education kat Auckland

Dia : Offer hari tu kau dah tolak kn?

(Aku mengangguk)

Dia: Sebab dia ke? ke ada sebab lain?

Aku : Sebab banyak sebab

Dia : Eleh tapi yang utama sebab dia kn?Bukan cita-cita kau nak dapatkan PHD sebelum umur kau 30 ke? Then kau nak tulis buku kan? Kau dah lupa ke?

Aku: Sampai hati kau cakap sebab dia. Sebab kau la yang utama *ketawa* Mana ada lupa.Cuma aku....(Sungguh aku tiada jawapan untuk persoalannya)

Dia : Ti, hidup ni tak lama. Aku cemburu kat kau. Kau dapat study oversea. Ada degree. Sekarang dah kerja. Aku ni..cuma sempat sampai tahun ketiga je. Pastu keluar masuk hospital. At least, bila aku tengok kau sambung belajar, jd Dr, tulis buku...aku cukup happy dah. Aku tak mampu buat semua tu.

Aku : Kau jangan la cakap macam tu.Aku sedih la

Dia : Sebab tu aku nak operate jugak. Aku dah penat orang sedih tengok aku. Aku nk berusaha. Nak jadi macam kau. Kau faham, kn?

(Aku hanya mampu mengangguk. Entah kenapa aku menangis)

Dia : La...ni apa nangis2 pulak ni. Hingus kau nanti melekat kat aku. Dah la tuh. Eh, kau kena janji something dengan aku.

Aku : Apa?

Dia : Lets say kalau I couldnt make it...kau kena janji jangan nangis. Baca fatihah kat aku banyak-banyak cam yang kau buat untuk arwah Shah. Tolong lawat mak ayah aku bila kau ada masa. Kau kena further study, tulis buku macam yang kau selalu nak buat. Ha, time kau kawen nanti, jangan nak mengelabah atas pelamin or sengih-sengih sangat.Tak cun nanti. Lagi satu jangan make up tebal sangat.Takut suami kau pengsan tengok kau.hahahah

Aku : Ches~ Anyway, nape kau cakap camtu?. Aku tak suka la

Dia : kau tak janji lagi.

Aku : Inshallah aku cuba.

Itulah kali terakhir aku bercakap dengannya. Kali terakhir aku lihat dia tersenyum. Kali terakhir aku menangis di hadapannya. Dan janji terakhirku untuknnya. Teringat aku antara kata-kata terakhirnya..."Ti..hidup ni tak lama". Betul, bukan? Hidup ni tak lama. Hari ni..adakah aku:

1. Melakukan banyak amalan soleh lebih dari semalam?

2. Berbakti kepada ibu bapa?

3. Melakukan sesuatu untuk merancang masa depan dakwah dan masa depanku sendiri?

Sejauh mana kita telah 'pergi' berbanding di perhentian kita sebelum tidur semalam?

Tick tock..tick tock..masa berjalan.

Think about it peeps. Pen-off.

 
template by suckmylolly.com