(saya pun tak tahu kenapa saya memilih untuk menulis entry ini, dan sebagai seorang yang sentiasa blur, saya pun masih tercari-cari sebab mengapa pada kali ini saya memilih untuk menulis dalam bahasa Melayu. Takpe la kan, ni kan blog saya, jadi, secara logiknya saya tak perlu menjelaskan pape kepada korang kan?..heheheh)
Pada entry ini saya ingin berkongsi satu cerita yang agak menarik bagi saya. (Ok, saya terpaksa menggunakan perkataan entry sebab saya tak pasti perkataan yang sesuai untuk menggantikan entry dalam bahasa Melayu...alamak cam poyo plak cakap camni). Anyway, berbalik kepada cerita tadi. Cerita ini tentang diri saya dan satu cabaran. Satu cabaran yang merubah hidup saya. Satu cabaran yang menjadikan saya lebih teruja untuk bertemu dengan kekasih saya. Satu cabaran yang mengajar saya tentang erti sebuah cinta. Satu cabaran yang mendamaikan dan menenangkan hati saya yang selama ini memang selalu tak tenang. Satu cabaran yang korang pun boleh guna untuk mencabar kawan, adik, kakak, abang, suami, isteri, mak mentua, pak mentua...pendek kata sape-sape la yang korang terasa nak cabar. Yang best tentang cabaran ni, bukan jek inshallah korang akan menang, orang yang korang cabar tu pun akan menang jugak. It's a win-win situation. Dan saya cam boley jamin jugak (inshallah) orang yang korang nak cabar tu takkan pelekung, or kenekan korang balik (inshallah jgk). So, inilah masanya korang nak mengenakan sesape yang korang dh lama nak kenakan...ye tak? Confused eh? heheheh. So, korang yang ader semangat inkuiri yang tinggi mesti cam teruja kan nak tahu ape la agaknya cabaran yang cmbest sgt tu? cabarannya ialah... Jeng..jeng..jeng..ala, takkan la nak cakap kat sini terus kan, so korang kne read further kalo nak tau pasal cabaran tu. Ok, pada korang yang rasa bende ni cam mengarut dan buang masa, xpe la, tak yah bace pun takpe, tak rugi ape2 pun. Korang boleh skip entry ni.
So kisah dier camni, ada seseorang yang telah meminta saya untuk menghafal surah Al-Baqarah sebagai syarat untuk sesuatu. Yer, surah Al-Baqarah yang 286 ayat tu yang merangkap surah terpanjang dalam Quran. Walaupun secara awalnya dia bukan mencabar saya untuk menghfal, tapi mungkin sebab permintaannya yang agak unik tu membuatkan saya rasa agak tercabar (read: postively tercabar ok). Nak dijadikan cerita pulak, anak dara ketiga En. Aziz ni memang la agak pantang dicabar, so, dengan sepenuh jiwa dan raga dan lagak confidentya saya menyahut cabaran tersebut. Pada waktu tu, entah kenapa saya dengan mudahnya menerima 'cabaran' tersebut. Langsung tak terfikir yang surah tu sangat panjang (berpeluh) dan setiap ayat dalam surah tu pun boleh tahan jugak panjangnya (berpeluh lagi banyak...huhuhu).
Pada hari yang sama, right after solat maghrib, saya terus capai Quran dan baca surah al-Baqarah. Yang first 6 ayat tu inshallah, rasa-rasanya ramai yang x ade masalah kn nk baca. Ramai jugak kan antara korang yang siap hafal makna-makna ayat tersebut. Masuk jek muka surat yang kedua dan ketiga...fuh..tu dia..baru la terhentak ke realiti jugak. Panjang woo ayat-ayat dia..So saya pun try la hafal jugak (sebab dh macam tercabar kan). Hafal jek, tak tengok makna pun. So bila dah dua hari, saya rasa susah hati pulak. Tak banyak yang saya dapat hafal. Dah la tu, makna nya pun saya tak faham sangat. Fikir punya fikir, saya ambil keputusan nak tukar cara hafalan saya. Kali ni saya pastikan setiap ayat yang saya hafal tu, saya tahu maknanya sekali. Memang susah memula tu. Hampir jugak give up. Banyak hari dah berlalu tapi sikit jek yang saya dapat hafal. Tapi saya kuatkan jugak semangat. Saya sedar something was wrong somewhere. Bila check balik diri, baru sedar niat saya untuk menghafal ni. Saya hafal sebab syarat untuk mendapatkan sesuatu. Masa tu, saya rasa malu sangat pada ALLAH, pada diri saya, pada semua makhluk yang ada kat dunia ni. Orang lain berusaha hafal Quran sebab nak dapatkan keredhaan ALLAH..tapi saya....hm..entahlah. Sepanjang malam saya tak boleh tidur. Menangis jek.
So, sebab dah tak boleh tidur, saya terus bangun, dirikan solat Taubat..betul-betul doa mintak ampun kat ALLAH. Then saya rasa tenang sangat. Saya capai Quran, tengok balik surah tu. Saya start baca perlahan-lahan. Saya check makna nya sekali. Saya bertekad untuk tetap teruskan jugak 'cabaran' tersebut. Tapi kali ni, bukan sebab inginkan sesuatu, tetapi cukup untuk mencabar diri saya sendiri dan mengharap semoga amalan yang kecil ini ALLAH terima. Saya harap Rasulullah tak akan malu untuk mengaku saya sebagai umatnya. Jadi setiap kali ada masa yang terluang, saya akan cuba untuk hafal dan fahami makna setiap ayat tersebut. Makin lama makin seronok pulak. Makin baca makin banyak benda yang saya belajar dan discover. Selama lebih kurang nak 20tahun jugak baca Quran, saya tak pernah terfikir pun sebelum ni kenapa ALLAH bilangan surah untuk setiap golongan yang ALLAH ceritakan pada permulaan surah tu berbeza-beza. Pastu, banyak lagi ayat-ayat yang menarik hati saya dan membuatkan saya lebih berfikir tentang beberapa perkara. Oh..sungguh ayat-ayat cinta! Pernah tak korang alami benda-benda camni?hm~bunyi cam hape plak..muahahaha.
Anyway, kejadian ni sedikit sebanyak mengubah cara hidup saya. Pertama, cam yang saya dah cakap tadi, saya belajar untuk bermuhasabah dan berfikir dengan lebih baik (not that I didnt think or reflect before, but rather, more deeply than before). Kedua, saya lebih berhati-hati dengan tindak tanduk saya sebagai seorang muslimah. Permakanan, aktiviti, cara saya mengurus masa..semuanya saya try untuk jaga elok-elok. Teringat saya satu kata-kata yang lebey kurang camni la maksudnya (maaf, saya x ingat hadis ke, kata-kata ke..sapa2 yang tahu tlg bgtau ek) 'ilmu itu nur, dan nur hanya dapat menerangi hati orang yang tidak melakukan maksiat'.So, saya tak nak la kalo saya mensia-siakan hafalan saya ni. Jadual harian pun dah tukar jugak. Saya cuba pastikan setiap kali lepas waktu solat, saya akan try hafal dan tadabbur balik ayat-ayat yang saya dah hafal. Bermula dengan satu cabaran, saya mendapat satu ketenangan. Sekarang ni saya dah tak kisah sangat kalo saya dapat atau tidak apa yang saya hajatkan tu sebab saya dah terjumpa sesuatu yang lebih berharga dari itu. Inshallah. Saya tak pasti kenapa orang tu letakkan syarat surah Al-Baqarah pada permulaannya. Mungkin dia hanya nak uji saya, mungkin jugak dia nak saya menjadi insan yang lebih baik..wallahu'alam. Tapi walau apa pun alasan dia, saya sangat bersyukur kepada ALLAH kerana insan tersebut telah menjadi asbab kepada saya untuk melangkah setapak mebaiki kelemahan diri. Terima kasih ya ALLAH kerana menggerakkan hatinya meletakkan syarat begitu dan membuat ku berubah. Dan kepada dia, saya juga tidak tahu bagaimana mahu memanjangkan ucapan terima kasih saya kepada dia. Semoga ada orang yang dapat menyampaikan kepadanya atau perhaps, dia terbaca juga tulisan saya ini. Takpe la. Tak kisahlah. So readers, korang pun nak tak mencabar orang cmni jgk? Mungkin cabaran korang tu dapat membantu orang lain untuk discover sth good jgk....or mungkin korang sendiri yang nak mencabar diri korang sendiri? Nak try? Pen-off.
Tuesday, November 25, 2008
~aLHaMduLiLLaH...TerIMa KaSiH~
Posted by ~AziaTi AziZ~ at 7:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment